Majlis Perasmian Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Kg Rancangan Belia Tiulon

Pejabat MCMC Sabah telah menganjurkan Majlis Perasmian Menara Telekomunikasi  Baharu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Kg Rancangan Belia Tiulon bersama pihak Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB) serta REDTONE di tapak JENDELA Kg Rancangan Belia Tiulon, Sook, Keningau hari ini.

Majlis perasmian ini dirasmikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Ahli Parlimen P.182 Pensiangan yang juga merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

Di bawah pelaksanaan JENDELA Fasa 1 bagi Parlimen Pensiangan, sebanyak 19 buah menara baharu telah siap dibina dan 10 daripadanya telah beroperasi oleh CelcomDigi dan REDTONE. 36 buah menara lagi sedang dalam pelaksanaan dan dijangka akan siap sepenuhnya secara berperingkat sehingga suku kedua 2025.

#MCMC
#JENDELA
 
 
Related Content
Share this article
Follow