Program Advokasi Kepada Nelayan Tradisi Di Negeri Sabah

Pejabat MCMC Negeri Sabah telah menganjurkan Program Advokasi Kepada Nelayan Tradisi Di Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Perikanan Sabah, Maritim Negeri Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan (APMM) semalam, di Tawau, Sabah.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pemilik dan pengusaha bot nelayan Sabah berkenaan penggunaan peralatan komunikasi yang sah serta mematuhi standard yang diperakui sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000. 

Selain taklimat daripada pegawai MCMC, terdapat juga pameran peralatan Personal Locator Beacon (PLB) dan peralatan-peralatan yang sesuai digunakan oleh para nelayan untuk keselamatan semasa aktiviti menangkap ikan yang dibawa oleh pihak APMM.

#MCMC
#checkyourlabel
 
 
Related Content
Share this article
Follow