Kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato’ Hj MK Ibrahim Bin Abd Rahman, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sembilan, Seremban

Pihak MCMC Negeri Sembilan bersama delegasi Jabatan Hal Ehwal Parlimen telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato’ Hj MK Ibrahim Bin Abd Rahman, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sembilan, Seremban, semalam.

Sesi kunjungan ini merupakan inisiatif daripada MCMC bagi  memahami proses serta perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan. Delegasi juga turut berpeluang mengikuti Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15.

Diharapkan jalinan kerjasama strategik ini berterusan dalam usaha meningkatkan ketersediaan akses jalur lebar di samping kesalinghubungan Internet yang lebih baik untuk rakyat di Negeri Sembilan.

#MCMC 
#KementerianKomunikasi
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow